Monday, May 24, 2010

Hayatilah Ape Yg Kamu Bacakan...


salam...muslimahhidayah berbicara.

setiap kali membaca Al-Fatihah dlm solat, kita sbg hamba Allah sbnrnya berkomunikasi dgn Allah. Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan Khalik.

Rasulullah s.a.w meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud;
"Aku bahagikan solat antaraku dan hamba-Ku kepada separuh, dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya..."

Hamba: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Khalik: hamba-Ku telah mengingati-Ku.

Hamba: Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik: hamba-Ku telah memuji-Ku.

Hamba: Yang mengusai pada hari pembalasan.

Khalik:hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.

Hamba:Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Khalik:hamba-Ku telah memuliakan-Ku.

Hamba: Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Khalik:ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba: (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan ) mereka yang sesat.

Khalik:ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.

~(Hadis Riwayat Muslim, Al-Tarmizi dan Al-Nasa'i)~

**Betapa indahnya solat itu. kite dpt berkomunikasi bersame2 Allah. sedangkn pd hakikat kite xnmpk pn Allah itu dimane. tp kite percaye Die berade sgt dekat dgn kite lebih dekat dr urat nadi di leher kite ni. tp...alangkah kecian terhdp hamba2 Allah yg masih tidak dpt memahami keindahan solat itu. kalau tidak...masakan masih rmai lg manusia2 yg telah mengglkn solat semata2 kerana nikmat dunia yg sementare...**

wassalam...muslimahhidayah berbicara.

No comments:

Post a Comment