Saturday, March 13, 2010

JALAN ITU REZEKI AKU =)




salam...muslimahhidayah berbicara.

klo dulu aq dok asyik nengok member2 aq bermanifesto. kalini aq lak bermanifesto (*cuak kot).
klo dulu aq dok asyik nengok member2 aq sibuk suro org mengundi. kalini aq lak dok sibuk promote diri (*tym2 ni jela kn hak kite.ha2).
klo dulu aq dok asyik sibuk mengundi kwn2 aq. kalini kwn2 aq lak dok sibuk nk undi aq (*tym2 ni jelakn blh undi diri sndiri. ha).

tym aq bermanifesto. smpt lak aq berpantun. ha2. tang bile ntah dpt idea.
NAMA DIBERI SITI HIDAYAH,
ADE YG KATE MUKE SAYE MIRIP CIK ZANARIAH.
BTL KE TIDAK....???

BOLEH DIPGGL CIK SITI SAHAJE,
BERDIRI DISINI UTK B'KATE2.
BLH KE TIDAK.....???

hu2. men hentam je pntun tu. bunyi cm sdp. layan jela.
then...aq pn bebel la pape yg patut....

sblm penutup aq pn kate la....

"Jawatan Setinggi Mne Itu X Pntg, Ape Yg Pntg Adlh Bagaimne Kite Manfaatkn Jwtn Yg Kite Ade Itu...=)"

then....slps 3 ari. org pn sibukla pegi mengundi...
ari mengundi tu ari senin. tuk calon umum saje dah 9 org calon nk rebut tuk 5 kerusi sje. sengit kot! mlm tu trs tau kptsn. aq xdela berhrp sgt aq menang. ade rezeki. adela...

mlm tu...aq ade kls...so...aq smpai tym majlis dh tamat. xsmpat nk dgr pengumuman. tibe2 ade sorang kakak ni gosok2 belakang bdn aq. die ckp "sbr ye...xde rezeki". aq ni yg br smpai t'pinga-pinga gk kot. tp aq dh phm ar mksd ayt kakak tu. thats means...aq kalah dlm pilihan raye ni. prasaan dlm hati tym tu adela gk sedikit kecewe. tp xdela smpai menangis kn. relaks2 sudey...

terus je ar balik bilik...xtau dh nk wtpe kn. cm terpinga-pinga ag pn ade gk tym tu. kawan2 yg tau aq kalah call2 aq. bg smgt tkt aq down...walhal aq xde pape pn. smpai je bilik trs call mak. cite ar yg aq kalah. mak aq plak yg sedeh. aduhai....bersalah aq kot. dish2

slps 3 ari berlalu...tibe2 my new presiden "Mohd Syafiq Bin Sabtu" memberitahu tuk amik balik calon2 umum yg kalah tu masuk dlm barisan MT PETAKOM supaya dpt penuhkn jwtn2 br yg telah diwujudkn dlm MT PETAKOM ini. lalu...aq telah diberi tanggungjwb tuk memegang tanggungjwb sbg...EXCO KEBAJIKAN & KEROHANIAN...hu2. aq lyn je...
xsgke plak kn...even kalah pn...still dpt gk jwtn tp rndh skit ar. xkesah pn...jnji pengalamn yg dpt lbh kurang je. hu2.

mudah-mudahan Allah membantu aku dapat melakukan amanah yg Allah berikan ini ikhlas ke jalan-Nya....=)



wassalam...muslimahhidayah berbicara.

Wednesday, March 10, 2010

BARISAN MANAKAH KITE TIKA ITU???

salam...muslimahhidayah berbicare.

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”

Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris
(Surah al-Naba’)

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.”

Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT


Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

wassalam...muslimahhidayah berbicare.