Wednesday, March 10, 2010

BARISAN MANAKAH KITE TIKA ITU???

salam...muslimahhidayah berbicare.

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”

Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris
(Surah al-Naba’)

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.”

Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT


Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

wassalam...muslimahhidayah berbicare.

2 comments:

  1. Salam Hidayah :)

    Apa khabar?

    Just want to ask a simple favour, bila quote hadis atau ayat alQuran, kena nyatakan kot hadis tu dari riwayat siapa, and kalau ayat Quran tu, boleh quote surah berapa and ayat apa inshaallah :)
    sbb penting la kan sekarang ni untuk tahu hadis tu dr riwayat siapa, dikhuatiri ade hadis palsu. iqa saja lah nak berwaspada hehe.
    by the way, jazakillah khair for the sharing.
    terase sangat2 lagi2 yang x sampaikan kebenaran lepas dah tahu sesuatu.

    Maksud besar dia kat situ adalah, bila kita dah tahu sesuatu kebenaran especially tentang islam ataupon kita nampak satu kemungkaran depan mata kita (contohnya aurat wanita terhadap lelaki ajnabi, baju ketat tudung jarang or kapel, macam2 la kan), kalau kita tak menasihati dengan hemah, kita yang akan dipersalahkan nanti. and akan masuklah kita ke barisan yang ke7 tu..huhu
    takutnya~~

    ReplyDelete
  2. hu2. thanks sbb sudi kongsi pndpt. article ni aq copy dr iluvislam. ble aq bce pn. aq t'pkr gk kt mnela barisan aq nnti. mgkin kite rse kite dh try sedaye upaye tuk jd seorg yg bek. tp kite sndiri pn xtau. adkh amalan kite tu Allah terime. tp ape yg pntg kite jgn p'nh tuk rse pts ase dlm berushe mndktkn diri kpd Allah. mmg kdg2 adeje org kate kite ni pure2 bek je. mgkin adeje org kate kite ckp xserupe bikinla hanye kerane t'nmpk 1 kslpn kite yg kecil. tp ape blh buat. kite sndiri xmmpu tuk jd yg btl2 sempurne di mate org. segalenye hanye b'gntung pd niat. klo niat kite bek. insyaallah Tuhan akn tlg. jgn tkt andai ade sejuta manusie bncikn kite. tp tktla klo Allah bncikn kite. cmne kite nk hidup kt dunie ni.

    ReplyDelete