Wednesday, June 17, 2009

BTLKE KITE NI IKHLAS??? FIKIRKAN...=)


Salam...muslimahhidayah berbicara.

Kalau kite tanye sume Hamba Allah kt dunie ni...xde spe yg "xnk msk syurga". N klo kite tanye sume Hamba Allah kt dunie ni... xde spe yg "xtkt klo dmasukkn ke dlm neraka". Then...spe yg "pahalanye" lbh byk drpd "dosanye". Insyaallah...Allah akn masukkn die ke dlm syurga.

Bagaimana plak care kite mencari pahala???
Bagaimana plak care kite menmbh pahala????
Bagaimana plak care kite mengelak dosa???
Cube kite hayati kisah dibawah ni...

ALLAH S.W.T bertanya kepada ORANG ALIM itu,
"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?"

ORANG ALIM itu menjawab.

"Benar,wahai Tuhan.''

ALLAH SWT kembali bertanya.

''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?''

ORANG ALIM tersebut menjawab,

''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari''

MALAIKAT berkata kepadanya,

"engkau berdusta".

ALLAH SWT berfirman

"engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.


Kemudian dipanggil ORANG KAYA. ALLAH SWT berfirman,
''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup".

ORANG KAYA itu menjawab,
''Benar wahai tuhan''.

ALLAH SWT kemudian bertanya,
''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'',

ORANG KAYA menjawab,
''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.''

ALLAH SWT berfirman kepadanya,
"Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu.

ALLAH berfirman,
''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''


Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman,

''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?''

Dia menjawab,
''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.''

Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,
''Engkau berdusta", malaikat juga berkata begitu.

ALLAH SWT berfirman,
''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.


"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda,
''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat."

Persoalannye Skrang...
Xslhkn klo kite nk jd org alim?
Xslhkn klo kite nk jd org kaye?
Xslhkn klo kite nk jd org yg sggup b'jihad di jln Allah hgge t' bunuh?
Tp...Knp 3 golongan ni adlh org-org yg p'tme msk ke dlm api neraka???


Wassalam...muslimahhidayah berbicara.

1 comment:

  1. salam..
    jawapan persoalan tu ialah kerana mereka berbuat sedemikian untuk mendapatkan pujian drpd org lain. so dah xde konsep ikhlas la kat situ..kan? ;)

    ReplyDelete